Masam-masam manis


Aku masih ingat tika itu, kurang seminggu sebelum peperiksaan akhir menjelang. Panggilan daripada Madam Siti Halimah Bux meminta aku ke biliknya benar benar menyuntik adrenaline ke seluruh tubuhku. “Ada lagi ke tugasan IPhA ni, exam isnin ni, notes berlambak lagi tak bersentuh,” bisik hatiku tatkala derap langkah diatur menuju ke biliknya.

“Haa, syafiq..masuk masuk, duduk dulu..ni ada surat untuk kamu,” sambut madam setelah disapa salam olehku sebagai pembuka bicara. Sampul putih tertulis ‘Urusan Seri Paduka Baginda’ itu kubuka perlahan lahan. Ternyata surat rasmi itu tertulis Presiden IPhA sebagai penerimanya.

Memohon Kerjasama Menganjurkan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Pahang 2009.

Hah..memang menarik. Aku tengah nak exam, si JPN pulak ajak nak buat program (emo skit). Madam menguntum senyuman melihat riak wajahku yang tidak senang dengan surat itu. Beliau sememangnya memahami akan tanggungjawab utamaku menuntut di Taman Ilmu dan Budi ini. Bukannya menganjurkan program program, jauh lagi bermain kosong. Tugasku di sini untuk menimba ilmu Allah sebanyak mungkin. Dan perang peperiksaan akhir kian hampir di kala panjinya pun belum sempat berjahit, apatah lagi dengan senjata senjatanya.

Madam menerangkan sedikit sebanyak mengenai program itu dan urusan birokrasi yang lain sudah dimulakan oleh pihak kulliyyah. Aku hanya perlu menyambungnya dan komiti komiti perlu dicari untuk program yang bakal berlangsung pertengahan Mei itu. Namun, hanya beberapa pelajar yang menawarkan diri menyumbang tenaga. Memang susah untuk mencuri sekelumit perhatian daripada setiap individu bernama pelajar farmasi pada musim peperiksaan begini. Semuanya di alam masing masing. Alam CVS, CNS, GIT dan sebagainya.

12 Mei 2009
Kami meluncur laju ke Kuantan. Syamil menjemputku di masjid Terapung pagi itu, bersama Wira birunya. Ketika asyik berbual kosong, tetiba terserempak dengan road block. Syamil bingkas mengejutkan teman di sebelahnya.”Road block weh, seatbelt2”. Syamil memandu maintain menyambut lambaian pegawai beruniform lengkap itu. Ketika itu juga, dia mula menyedari bahawa seatbeltnya sendiri tidak terpasang. Mujurlah dia sempat menarik ke tepi lalu mengangguk senyum ke arah pegawai bertugas tanda tidak bersalah.”Hoho..pucat kakloh kawe..ingat pakai doh tadi..xprase pulok..hoo,berat2” Haha..macam macam.

Setibanya jam 2 di UIA Kuantan, kami bergegas ke cafe untuk menoktahkan irama keroncong yang berlagu di dalam perut ini sebelum solat zohor di musolla. Hanya 30 minit tertinggal untuk kami sebelum ke Conference Room Level 4 di KOM bagi menghadiri coordination meeting bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang pada jam 2.30. Pengalaman meeting pertama kali bersama pihak jabatan kerajaan sememangnya melucukan. Meeting yang sungguh skema, dengan bahasa melayu baku menjadi perantara menyebabkan aku tergelak sendirian beberapa kali. ”Tuan pengerusi, saya rasa pandangan itu haruslah diambil kira kerana….bla3” hahaha..serious klaka weyh, tak tipu langsung...Meeting itu turut dihadiri oleh wakil wakil guru dari daerah daerah seluruh Pahang. Biro biro juga agak janggal bunyinya. Jawatankuasa Dokumen dan Pelaporan, Jawatankuasa Siaraya etc. Pada mulanya, jawatankuasa siaraya ku fikir seakan akan Pub n Pro. Tekaan itu ternyata silap apabila tyco prep tech KOM, Bro Yusof diumum sebagai Headcommnya. Owh, jawatankuasa siaraya is prep tech biro rupanya. Ada paham?

13 Mei 2009
Meeting ringkas diadakan antara komiti komiti IPhA dan KOP. Terima kasih kepada semua yang sudi datang. Aku menghabiskan masa di KOM untuk menyelesaikan segala urusan IPhA yang tertunggak seperti isu surat mahallah, surat Dean untuk Ustaz Mat Ali, isu bayaran APPS, pendaftaran LiT, refund biasiswa dan sebagainya. Sempat juga aku menyaksikan drama sebabak di dalam ofis KOP di mana kelibat seorang lecturer berperang mulut dengan staff staff pejabat. Haha. Aku faham benar dengan lecturer ini. Pernah terkena penangannya. Namun, setelah diselami dirinya yang sebenar, beliau sebenarnya seorang yang sangat peramah dan baik hati. Hehe.Siapakah beliau, biarlah rahsia.

14 Mei 2009
Hari ini, kami tiada kerja. Oo ye..sebelum terlupa. ‘Kami’ merujuk kepada aku dan syamil. Seminggu di UIA, aku hidup bersama junior yang sebenarnya lagi senior dari aku ni. Hahaha. Kami menumpang teduh di rumah sewa lamaku yang berpindah milik ke tangan junior junior pada semester hadapan. Pagi itu, dua anak Terengganu meminta kami menghantar mereka ke East Coast Mall. Seusai itu, kami sempat menjamu mata di Kuantan Parade. Petangnya pula, setelah mejemput mereka di pasaraya itu, dua bungkus Laksa Johor ramuan Laksa Shack menjadi habuan kami. Terima kasih Ana & Hamizah. Orang Ganu memang beh..heheh.

15 Mei – 17 Mei 2009
Ye. Program karnival itu bermula 15 hingga 17 Mei. Namun, hadirnya ‘program yang tak diundang’ menjengah kami sepanjang 3 hari ini menyebabkan kami terfikir sejenak. Karnival itu berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Tetapi, dugaan dan cabaran lain datang silih berganti menguji kami. Bermulanya malam 15 Mei itu sehinggalah petang 17 Mei itu. Huhu. Semacam dirancang, cobaan cobaan ini datang serentak dengan program karnival tersebut.


Ish. Panjang jele ngak nih. Nati ah mula aku oyak blake. Lengoh gok boh tulih panjang panjang eh. Mata pong lengoh duk bace tulisang kecek tuek eh..dok baguh ngadak lame lame. Mula ah aku cite eh. Beng maroh. Bukang nok wak seprais ke nape, tapi lengoh tangang boh. Haha. Bereh bereh. Jupe mula deh. Jupe mung dinung. Assalamualaikum~~
0 Responses