Celoteh Pak Mili


Pagi itu seperti pagi pagi sebelumnya. Kami memasuki hari ketiga menikmati kedamaian Pos Pantos ciptaanNya. Anak anak kecil masih lagi berlari keriangan menyelinap segenap penjuru bangunan jingga itu, mengundang lirik mata barisan catering yang tidak mengenal erti penat lelah menyediakan santapan tengahari buat kami sekampung. Aku dan Shahmin diletakkan di barisan ketiga dalam skuad catering. Memasuki hari ketiga, baton ketua chef Pantos berpindah ke tangan Cik Secretary. Bermakna giliran memasak tergalas di bahu kami sebagai anak buah barisan ketiga. Namun, sedari awal pagi lagi, kami membantu menyediakan double menu, Nasi Goreng dan Bihun Goreng. Beralasankan tugasan yang sudah disiapkan, aku dan Shahmin mengatur gerak ke rumah keluarga angkat kami.

Setelah melangkah masuk ke rumah Pak Abas, selaku keluarga angkat aku, bicara dimulakan dengan taaruf ringkas antara kami. Di sudut rumah kecil itu, Pak Mili tersenyum simpul. Dari riak wajahnya dan susuk tubuhnya yang tidak berbaju, aku menjangkakan umur beliau mungkin menjangkau 70an. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Pak Mili, abang kepada tuan rumah. Beliau tinggal di Pos Lanai, namun sentiasa menumpang teduh di rumah adiknya setelah kematian isterinya.

Dengan bantuan selingan dari Shahmin, aku mengubah nada sembang kosong menjadi lebih berisi. Berpandukan sehelai modul yang diberi, satu persatu soalan diajukan kepada mereka. Namun, percubaan kami tampak rumit dek masalah pendengaran mereka. Haru birulah jawabnya. Lain yang ditanya, lain pula dijawabnya. Aku bersama Shahmin tidak henti henti menahan gelak. Setiap gelak tawa cuba dipersembah dalam tempo yang sesopan mungkin. Kalau diikutkan hati, sepanjang perbualan pagi itu bisa memecahkan perut kami. Lawak gile beb. Hahahahaha.

“Pakcik, pakcik reti baca Al Fatihah tak..yang biasa kita baca dalam semayang tu..” Tanya aku setelah bergelak ketawa mendengar celoteh Pak Mili. Aku menanti jawapan dengan penuh harap.

“ Haa..pakcik da tak makan sherai dah. Perut ni da tua dah. Da tak bole dah mashuk sherai, lada, pedash pedash. Shakit perut ni nanti.” Jawabnya penuh bersemangat dengan pelat ‘S’nya yang bertukar menjadi ‘Sh’. Jawapan itu sekali lagi mengundang hilai tawa kami semua. Setiap ayat yang keluar dari mulutnya pasti diiringi gelak tawanya, apatah lagi kami yang sedari tadi menahan gelak dengan penuh seksa.

Setelah penat bergurau ketawa, Pak Mili meminta Pak Abas (dipanggil Abash oleh Pak Mili) menyediakan minuman. Aku melirik mata ke arah Shahmin. Tahap kebersihan air minuman di kalangan penduduk orang asli masih di tahap meragukan. Otak kami ligat memikirkan alasan sesuai untuk menolak hidangan mereka. Selang beberapa minit, Pak Abas menghulurkan satu jag air ke tangan Pak Mili.

“Err..Pak Mili…Kami da minum tadi sebelum datang sini..Da banyak dah minum,” Spontan ayat ini keluar dari mulutku, volume yang sedikit tinggi, dengan harapan alasan itu didengari jelas oleh Pak Mili.

“ Haish..Ini bukan untuk kamu…Ini untuk shaye..hahahaha” Sambutnya dengan tawa berdekah dekah menampakkan giginya yang dimakan usia. Kami terkena lagi..hahaha. Kemudian, kami menyambung perbualan, dengan harapan objektif modul yang disediakan tercapai.

“ Anak Pak Abas berapa ramai?” Soalan itu kami utarakan buat Pak Abas sebagai tuan rumah. Namun, dek kerana masalah pendengarannya lebih teruk berbanding Pak Mili, kebanyakan soalan yang ditanya pada Pak Abas disampuk oleh abangnya itu.

“Anak Pak Abash ada 6 ekor,” Sampuk Pak Mili, kembali dengan celotehnya, masih dengan nada yang bersemangat. Kami tercengang dengan jawapan yang diberikan. “Enam orang, enam orang. Empat laki dua perempuan” jelas Pak Mili membetulkan jawapan lalu disusuli dengan gegak gempita yang tidak berpenghujung di dalam segenap rumah usang itu.”Kashor Pak Mili, kashoor” bisikku dalam hati. Hahahaha.

Begitulah sedikit sebanyak celoteh Pak Mili yang tidak mungkin aku lupakan. Banyak cerita yang disajikan. Dari kisah kapal terbang Jepun sehinggalah kisah beliau terpijak kasut Sultan ketika masih muda. Aku dan Shahmin terus terseksa menahan gelak. Kami juga kagum dengan Pak Abas yang menulis satu persatu jenis tanamannya di kebun untuk rujukan kami. Ternyata umurnya yang menjangkau 50 tahun di perkampungan asli tidak menghalangnya daripada belajar menulis dan membaca.
Berbalik kepada kisah Pak Mili. Ingin tau berapa umurnya yang sebenar. Beliau menegaskan bahawa umurnya sudah menjangkau 100 tahun. Pada mulanya, aku sedikit ragu ragu dengan jawapan tersebut. Namun, keraguan itu lenyap setelah aku membuat kepastian dengan Pegawai JHEOA. Berusia 100 tahun, beliau tampak masih gagah bertongkat, dengan mulut yang masih petah berbicara.

Kepada Pak Mili, gua cayalah sama lu..Semoga berjumpa lagi di lain masa. Pak Mili memang best!!!
7 Responses
  1. izzuddinmohd Says:

    haha..
    sebut jugok Cik Secretary tu....

    hmmm...

    satu lagi bukti, daripada banyak bukti yang sedia ada....


  2. Mohd Syafiq Says:

    Ya..aku nge shahmin duk bawah secretary..betul la pagi tu set aku tolong masak bihun ngan nasi goreng doh..tiada curi tulang..hahaha..

    Din,kashor2..hahaha..


  3. Berhati-hati dengan perkataan yang anda pilih. Sub-conscious action shows what you really are. Apabila kucing mengiau dan ayam berkokok, tandanya telinga tu sihat :)


  4. Mohd Syafiq Says:

    Betul2..Kita sudah blaja sensory kan..mechanism of ear pon da hapal 2 kali...nk explain kat pak mili ngan pak abash ni pon takut diorang xpaham...haha..bersyukurlah anda mempunyai telinga yang sihat =)


  5. Din kawe stuju.. satu bukti dari bukti2 yang dah banyak jelas di mata, terang di telinga.. haha jgn marah ye tuan presiden uia (bak kata pak zubir).. maaf la kasar sikit komen ni. haha


  6. Mohd Syafiq Says:

    oh..kekasaran melanda diriku..hahaha..siap blako semo balik ni, kawe gocoh sore2..haha..


  7. shifaa Says:

    haha, lambat gile aku bace post ko yang ni...heheeheh....i should promote your blog to ray!!!