Hari Ibu: Kenapa mesti 10 Mei?


Menghargai kasih ibu bukan pada 10 Mei sahaja !

Oleh
Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang
Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Memilih tarikh Saidatina Khadijah wafat lebih mulia bagi umat Islam

TANGGAL 10 Mei lalu, ramai meraikan Hari Ibu, tetapi mungkin masih ada yang tidak tahu mengapa ia disambut pada hari itu dan bagaimana sambutan bermula. Sambutan kebesaran yang dikatakan bermula pada zaman Mesir purba untuk memberi penghormatan kepada Dewi Isis, atau Dewi Cybele di Rom, atau Dewi Rhea di Greek. Di Eropah pula sambutan 'Mother Church' diraikan bagi menghargai gereja kerana pembaptisan.

Sehinggalah sambutan Hari Ibu akhirnya diiktiraf seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun sempena memperingati wanita bernama Anna Reeves Jarvis, kematiannya menyebabkan anak perempuannya, Anna M Jarvis memulakan kempennya mewujudkan sambutan Hari Ibu secara rasmi. Dalam petisyennya kepada gereja di mana ibunya berkhidmat sebagai tenaga pengajar setiap hari Ahad, permintaannya untuk memilih tarikh 10 Mei 1908 sebagai Hari Ibu dimakbulkan dan sambutan dibuat secara rasmi di West Virginia walaupun Hari Ibu sudah diraikan masyarakat beragama Kristian seawal 1840.

Tarikh yang sama jugalah pada setiap tahun kita meraikannya untuk menghargai ibu. Bukan mentakwilkan keperluan meraikan ibu, tetapi menggembirakan mereka tarikh sama Anna M Jarvis memperingati ibunya yang menghambakan diri kepada gereja sehingga akhir hayatnya bagaikan satu sindiran kepada umat Islam yang sepatutnya mengingati, menghargai dan mendoakan ibu setiap hari atau sekurang-kurangnya bukan pada tarikh itu.

Andainya kita boleh memilih tarikh untuk mengingati ibu yang sudah pergi, alangkah indah jika hari terakhir Saidatina Khadijah di dunia ini diingati untuk disedekahkan Al-Fatihah dan doa, supaya seluruh ibu turut diingati. Bagaimanapun, terpulanglah kepada anak untuk memikirkan cara menghargai ibu, tetapi yang paling utama buat seorang ibu ialah doa anaknya. Doa begitu sinonim dengan hajat untuk mendapatkan sesuatu diingini. Doa juga permohonan kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada malapetaka dan bala bencana.

Lazimnya manusia berdoa apabila sudah berusaha dan berikhtiar, ada juga yang berdoa tanpa melakukan apa-apa. Allah memerintahkan hamba-Nya supaya sentiasa meminta dan memohon sesuatu dari-Nya, pemilik segala perbendaharaan di dunia dan akhirat. Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku memperkenankan doa permohonan kamu." (Surah Al-Mu'min, ayat 60)

Sebagai seorang anak, tentulah doa untuk ibu menjadi ulam bicaranya dengan Ilahi setiap waktu menghadapnya. Biarpun ibu tidak mengetahuinya, itu tidak pernah menjadi halangan untuk anak meminta yang terbaik dari Allah supaya ibu sentiasa bahagia, diberi keberkatan dan kerahmatan, juga digolongkan bersama orang solehah di akhirat kelak. Perlu diingat, tiada siapa paling bermakna doanya kepada ibu melainkan anak. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila anak Adam wafat, putuslah amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Banyak peristiwa malang berlaku hari ini kepada anak dilahirkan tanpa disengaja. Mereka akhirnya dibuang merata, tiada kasih dan simpati tertumpah. Apapun yang berlaku dan bagaimana latar belakang kisahnya, setiap anak harus menyebut nama ibunya dalam doa, paling tidak mohonlah dosa mereka diampunkan. Terakam dalam surah Ibrahim bermaksud: "Ya Tuhan kami, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." (Surah Ibrahim, ayat 4)

Anak yang sedari kecil dikasihi dan dilimpahkan sepenuh kasih sayang, mohonlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil." (Surah al-Israa, ayat 24) Sesungguhnya doa membuktikan bahawa kita makhluk yang hina dan lemah serta sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Walaupun di dunia ini kita memiliki ibu yang penyayang, mereka akan pergi juga apabila sampai waktunya. Sebaik-baik doa untuk ibu adalah ditadahkan oleh anak dicintai Allah, memelihara makan minum dan pakainya, tidak mengabaikan tanggungjawab menyeru amar makruf dan nahi mungkar sesama manusia, sentiasa bertaubat, positif dan bersangka baik serta bersungguh-sungguh.

Berdoalah untuk ibu, supaya mereka gembira menghabiskan usia yang masih bersisa, dilindungi Dia walau di mana berada dan sentiasa akur kepada perintah dan larangan-Nya.

Wallahua'lam~

Warna-warni si cilik

Sedikit bingkisan dari Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Pahang 2009
Pertandingan Boria Sekolah Rendah peringkat Negeri Pahang 2009


Tu diaa. Vokalis utama da nak masuk dah...



Group ni masuk masuk tetiba je menari ala ala robot. Lagu takleh blah. Haha. Tu yang ketue die pakai rambu biru besar tu. Haa. Budak tu paling beria. Haha.


Pasukan pasukan bersiap sedia untuk membuat persembahan. Cikgu cikgu dia garang bebenor duk marah budak kalo silap step mase training. Rilek rilek sudey~~


Pakcik tu (2 dari kiri) berlakon garang gila. Haha. Hang ingat, hidung hang besaq, misai hang tajam, cheq takut la...heh.


posing semua...hamboi, mengerliit~~~



Hah..tu je laa. Malas nak upload banyak banyak. Competition ni buat kat MPH. Ramai complain nape tak buat kat Audi, MPH ni sempit. Ramai audience bersesak sesak kat belakang terutama parents budak budak tu. Memang la tak leh buat kat audi, sebab mase ni tengah ade pertandingan nasyid. Hmm...Orang cakap bosan gile nasyid tu. Huu, nasib baik aku tengok yang nih. Hehe. Ok lah. Wassalam~








Masam-masam manis II

15 May 2009
Pagi itu, sejak awal pagi lagi kami ke IIUM Kuantan. Namun, kelibat wakil wakil JPN tidak kelihatan. Lebatnya hujah mereka di dewan mesyuarat 3 hari lalu nampaknya retorik semata. Kata mereka, hari ini pelbagai persiapan akan dilakukan, pelajar sekolah dari Kuantan mohon untuk berlatih, dan aneka agenda yang disusun atur untuk persiapan hari esok. Tetapi, bayang mereka masih tidak kelihatan sehinggalah petangnya.

Malam menjelma, kami ke Eng Hong, sebagai persiapan untuk berniaga pada keesokan harinya (IPhA FRU- Fund Raising Unit) yang dijayakan oleh wakil wakil 1st year. Masih dengan sang wira biru, kami bertolak selepas maghrib. Ujian pertama menimpa kami di hadapan Eng Hong. Peristiwa itu sememangnya merugikan. Berlaku dalam sekelip mata, kami tidak mampu berbuat apa apa. Syamil hanya mampu bersabar. Hmm. Betapa mahalnya beg plastic yang dibeli pada malam itu (tak paham kan..takyah paham la...lu pikir la sendiri..haha).

16 May 2009
Sedari awal pagi lagi, kami berdua bertolak ke IIUM. Meriahnya IIUM Kuantan pada hari ini dengan warna warni kontijen dari semua daerah di Pahang. Untuk makluman, antara program yang berlangsung adalah pertandingan nasyid, boria, dikir barat, poster, dan macam macam lagi. Perlu diingat, ini adalah pertandingan peringkat negeri dan semua peserta yang bertanding mewakili daerah masing masing. Kehebatan mereka tidak dinafikan. Pagi itu, hanya aku dan Syamil di samping beberapa komiti lain yang datang awal sedangkan pertandingan bermula pada pukul 9 pagi. Gelabah juga dibuatnya memikirkan penyusunan komiti untuk setiap tempat bertanding di kala masih ramai komiti yang masih diulit mimpi.

Aku diminta untuk menjadi juri penjaga masa untuk pertandingan boria kanak kanak. Kelibat beberapa kumpulan kanak dengan kostum mereka sangat mencuit hati. Comelnya mereka dihias dengan baju pelik pelik oleh guru-guru mereka, disertai dengan prop prop lain seperti payung warna warni dan sebagainya. Aku begitu tertarik dengan lakonan serta tarian mereka yang beraneka ragam. Seakan akan tarian dalam filem hindustan, tarian mereka sangat kemas dan menghiburkan (ade satu group tu menari ala robot, lawak gile…hahaha..) Petang itu, kami menonton acara acara lain seperti dikir barat.

Malamnya, seusai menonton perlawanan Manchester United vs Arsenal di rumah (Man Utd Champion lagi), satu lagi dugaan menimpa. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam dan kami harus berada di KOM untuk upacara penutup. Tapi, sang wira biru itu tampak degil untuk dihidupkan enjinnya. Syamil menelefon rakannya dan selang setengah jam kemudian, kelibat kereta vios muncul memberikan sinar untuk sang wira. Setelah berusaha hampir sejam,sang wira akhirnya pulih (gune jumper je). Enjin mula dihidupkan. Ironinya, setelah dihidupkan enjinnya, pintu kereta pula terkunci dari dalam. Ayyo, macam mana mau masuk. Tiada pilihan lain melainkan enjin kereta mesti dimatikan dari luar supaya kunci boleh dibuka melalui enjin hadapan. Beranikah anda mematikan enjin kereta yang sedang dihidupkan? Haha.. silap main bateri, meletop woo. Huh, tadi nak hidupkan enjin bukan main payah, ni nak fikir macam mana nak matikan enjin ni pulak. Hoho. Akhirnya, setelah pelbagai cubaan gagal membuahkan hasil, akhirnya enjin berjaya dimatikan dengan mencabut kotak fius (hoho,kamikaze betol).

Lantas, kami bergegas ke KOM dan sang wira dibiarkan di tempat parking tanpa dimatikan enjinnya (Nk charge bateri). Setelah mengisi perut (tak sempat datang majlis, gi makan je..hehe), kami kembali ke tempat parking dan syukur padaNya, sang wira masih hidup. Namun, itu hanya harapan palsu. Sang Wira kembali lesu setelah lampunya dinyalakan. Dan seperti dijangka, ia berdegil untuk dihidupkan kembali. Setelah menelefon kembali seorang rakan, Vios itu kembali sekali lagi memberikan bantuan (jumper lagi). Seusai itu, kami berdua bergerak pulang dan sang wira yang semakin lemah akhirnya terkulai di tengah jalan. Mujurlah momentum jasad sang wira itu membawanya bergolek ke tempat parking mahallah. Kami tiada pilihan lain, sang wira sudah tidak berdaya dan Vios itu sekali lagi dipanggil untuk menghantar kami pulang.

17 May 2009
580 orang pelajar. Itulah anggaran angka pelajar yang perlu diurus selia oleh kami untuk program Campus Tour. Kami yang tidak sampai 15 orang ni, menyusun startegi sehabis baik untuk memastikan program berjalan lancar. Alhamdulillah, tiada kekalutan mengganggu dan segalalanya berjalan mengikut pelan. Tengahari itu, aku dan Syamil memikirkan masalah Sang Wira yang masih tidak berkesudahan. Hari Ahad sememangnya agak sukar untuk mencari kedai yang beroperasi. Kami harus pulang ke Terengganu dan Kelantan hari ini. Sang Wira masih lesu tak bernyawa (memang xde nyawa pun). Setelah pelbagai usaha diatur, nak dipendekkan cite, sang wira kembali pulih setelah dihantar ke sebuah bengkel di bandar Kuantan (malas nak cite lebih…korang pun penat bace cite tak best yang berjela jela ni kan...hahaha…hang pi baca sape suruh...hehe)

Alhamdulillah, segala puji bagiNya kerana kami selamat bertolak pulang pada pukul 4 petang. Sememangnya aku berharap benar agar dapat sampai di KT sebelum Maghrib kerana ada hal yang harus ditepati. Haha. Kuliah ustaz kegemaran ramai, Ustaz Azhar Idrus tidak mungkin ku terlepas kali ini dan impian itu direalisasikan apabila Sang Wira sempat tiba di sini jam 7 malam. Terima kasih, tahniah dan takziah untuk Syamil selaku mainboard-in-charge atas pencapaian cemerlang karnival ini. Takziah atas segala kesulitan dan kerugian yang melanda. Sekalung penghargaan juga buat semua komiti yang terlibat.Tahniah buat barisan komited IPhA FRU yang berjaya mencatatkan jualan melebihi 4 angka. Terima kasih tak terhingga juga buat sahabat sahabat yang sudi merawat Sang Wira. Sampai ketemu lagi. Wassalam~

Sekadar renungan...

Firman Allah SWT dalam Surah Al Ankabut, ayat 2:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata, "kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Manakala firman Allah yang lain dalam Surah Al Baqarah, ayat 214:
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu. Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digongcangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehinggalah berkata rasul dan orang-orang beriman yang ada besertanya, "Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (Asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)"

Wallahu'alam bissawab~

Masam-masam manis


Aku masih ingat tika itu, kurang seminggu sebelum peperiksaan akhir menjelang. Panggilan daripada Madam Siti Halimah Bux meminta aku ke biliknya benar benar menyuntik adrenaline ke seluruh tubuhku. “Ada lagi ke tugasan IPhA ni, exam isnin ni, notes berlambak lagi tak bersentuh,” bisik hatiku tatkala derap langkah diatur menuju ke biliknya.

“Haa, syafiq..masuk masuk, duduk dulu..ni ada surat untuk kamu,” sambut madam setelah disapa salam olehku sebagai pembuka bicara. Sampul putih tertulis ‘Urusan Seri Paduka Baginda’ itu kubuka perlahan lahan. Ternyata surat rasmi itu tertulis Presiden IPhA sebagai penerimanya.

Memohon Kerjasama Menganjurkan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Pahang 2009.

Hah..memang menarik. Aku tengah nak exam, si JPN pulak ajak nak buat program (emo skit). Madam menguntum senyuman melihat riak wajahku yang tidak senang dengan surat itu. Beliau sememangnya memahami akan tanggungjawab utamaku menuntut di Taman Ilmu dan Budi ini. Bukannya menganjurkan program program, jauh lagi bermain kosong. Tugasku di sini untuk menimba ilmu Allah sebanyak mungkin. Dan perang peperiksaan akhir kian hampir di kala panjinya pun belum sempat berjahit, apatah lagi dengan senjata senjatanya.

Madam menerangkan sedikit sebanyak mengenai program itu dan urusan birokrasi yang lain sudah dimulakan oleh pihak kulliyyah. Aku hanya perlu menyambungnya dan komiti komiti perlu dicari untuk program yang bakal berlangsung pertengahan Mei itu. Namun, hanya beberapa pelajar yang menawarkan diri menyumbang tenaga. Memang susah untuk mencuri sekelumit perhatian daripada setiap individu bernama pelajar farmasi pada musim peperiksaan begini. Semuanya di alam masing masing. Alam CVS, CNS, GIT dan sebagainya.

12 Mei 2009
Kami meluncur laju ke Kuantan. Syamil menjemputku di masjid Terapung pagi itu, bersama Wira birunya. Ketika asyik berbual kosong, tetiba terserempak dengan road block. Syamil bingkas mengejutkan teman di sebelahnya.”Road block weh, seatbelt2”. Syamil memandu maintain menyambut lambaian pegawai beruniform lengkap itu. Ketika itu juga, dia mula menyedari bahawa seatbeltnya sendiri tidak terpasang. Mujurlah dia sempat menarik ke tepi lalu mengangguk senyum ke arah pegawai bertugas tanda tidak bersalah.”Hoho..pucat kakloh kawe..ingat pakai doh tadi..xprase pulok..hoo,berat2” Haha..macam macam.

Setibanya jam 2 di UIA Kuantan, kami bergegas ke cafe untuk menoktahkan irama keroncong yang berlagu di dalam perut ini sebelum solat zohor di musolla. Hanya 30 minit tertinggal untuk kami sebelum ke Conference Room Level 4 di KOM bagi menghadiri coordination meeting bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang pada jam 2.30. Pengalaman meeting pertama kali bersama pihak jabatan kerajaan sememangnya melucukan. Meeting yang sungguh skema, dengan bahasa melayu baku menjadi perantara menyebabkan aku tergelak sendirian beberapa kali. ”Tuan pengerusi, saya rasa pandangan itu haruslah diambil kira kerana….bla3” hahaha..serious klaka weyh, tak tipu langsung...Meeting itu turut dihadiri oleh wakil wakil guru dari daerah daerah seluruh Pahang. Biro biro juga agak janggal bunyinya. Jawatankuasa Dokumen dan Pelaporan, Jawatankuasa Siaraya etc. Pada mulanya, jawatankuasa siaraya ku fikir seakan akan Pub n Pro. Tekaan itu ternyata silap apabila tyco prep tech KOM, Bro Yusof diumum sebagai Headcommnya. Owh, jawatankuasa siaraya is prep tech biro rupanya. Ada paham?

13 Mei 2009
Meeting ringkas diadakan antara komiti komiti IPhA dan KOP. Terima kasih kepada semua yang sudi datang. Aku menghabiskan masa di KOM untuk menyelesaikan segala urusan IPhA yang tertunggak seperti isu surat mahallah, surat Dean untuk Ustaz Mat Ali, isu bayaran APPS, pendaftaran LiT, refund biasiswa dan sebagainya. Sempat juga aku menyaksikan drama sebabak di dalam ofis KOP di mana kelibat seorang lecturer berperang mulut dengan staff staff pejabat. Haha. Aku faham benar dengan lecturer ini. Pernah terkena penangannya. Namun, setelah diselami dirinya yang sebenar, beliau sebenarnya seorang yang sangat peramah dan baik hati. Hehe.Siapakah beliau, biarlah rahsia.

14 Mei 2009
Hari ini, kami tiada kerja. Oo ye..sebelum terlupa. ‘Kami’ merujuk kepada aku dan syamil. Seminggu di UIA, aku hidup bersama junior yang sebenarnya lagi senior dari aku ni. Hahaha. Kami menumpang teduh di rumah sewa lamaku yang berpindah milik ke tangan junior junior pada semester hadapan. Pagi itu, dua anak Terengganu meminta kami menghantar mereka ke East Coast Mall. Seusai itu, kami sempat menjamu mata di Kuantan Parade. Petangnya pula, setelah mejemput mereka di pasaraya itu, dua bungkus Laksa Johor ramuan Laksa Shack menjadi habuan kami. Terima kasih Ana & Hamizah. Orang Ganu memang beh..heheh.

15 Mei – 17 Mei 2009
Ye. Program karnival itu bermula 15 hingga 17 Mei. Namun, hadirnya ‘program yang tak diundang’ menjengah kami sepanjang 3 hari ini menyebabkan kami terfikir sejenak. Karnival itu berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Tetapi, dugaan dan cabaran lain datang silih berganti menguji kami. Bermulanya malam 15 Mei itu sehinggalah petang 17 Mei itu. Huhu. Semacam dirancang, cobaan cobaan ini datang serentak dengan program karnival tersebut.


Ish. Panjang jele ngak nih. Nati ah mula aku oyak blake. Lengoh gok boh tulih panjang panjang eh. Mata pong lengoh duk bace tulisang kecek tuek eh..dok baguh ngadak lame lame. Mula ah aku cite eh. Beng maroh. Bukang nok wak seprais ke nape, tapi lengoh tangang boh. Haha. Bereh bereh. Jupe mula deh. Jupe mung dinung. Assalamualaikum~~

Kisah suatu malam...


Melodi itu berlagu kembali. Garang. Tidak kurang seperti hari sebelumnya. Rentak deruman guruh dan dentuman petir silih berganti, melagukan irama yang menguji ketahanan gegendang telingaku. Sekuat mana ombak china selatan menghentam pesisir bumi Darul Iman ini, aku menjangkakan ombak kecil cecair endolymph (betul ke??) tidak kurang hebatnya beraksi di dalam koklea telingaku ini. Peristiwa di luar sana masih rancak. Cahaya biru berkilau-kilauan mengiringi muzik yang garang itu, hanya satu warna. Tidak seperti kilau pancawarna di kebanyakkan persembahan konsert. Keadaan seperti ini lazimnya berasak di musim tengkujuh. Imej penyimpan skrin (screen saver) di N-Gageku tertulis '08/05/2009 9.47 PM'. Hmm. Lambat lagi janji temu rombongan monsun dari timur laut singgah beraksi di sini.

(Maaf untuk intro yang meloyakan…hahahaha)

Ni aku nak cite skit. Cuaca di Kuala Terengganu sekarang sedikit lain daripada kebiasaannya. Pagi dan petang, panasnya mencucuk epithelial setiap manusia, memaksa si otot lembut (smooth muscle) di dinding arteriole menjadi relax, lantas meningkatkan halaju darah melalui arteri ke kapilari kulit, membenarkan si haba terbebas ke udara. Sistem yang cukup unik ciptaan Yang Maha Bijaksana, sememangnya memberikan perlindungan kepada umatnya daripada hangat sang mentari. Namun, ade lagi yang mengeluh panjang, jauh lagi mensyukuri nikmat pemberianNya ini. “owwoh, panah sooh weyh.. perit rase..nok wak keje payoh..sakit taya”. Hmm, itulah lumrah seorang bernama manusia.

Malamnya pula, hujan renyai renyai. Namun, dentuman petirnya sungguh dahsyat. Kilatnya sabung menyabung, tidak seperti sebelum ini. Cuba anda bayangkan, lampu bilik anda rosak, berkelip kelip akibat mentol terbakar. Begitulah keaadaan malam di Kuala Terengganu belakangan ini. Setiap saat, kilat menyambar menggerunkan sesiapa saja di luar sana.

Baru sebentar tadi, kami berenam terperangkap di surau kecil itu setelah isya'. Sediakan payung sebelum hujan. Ya, memang betul. Namun, payung tidak dibawa bersama lantaran menyangkakan cuaca yang baik pada malam itu. Termanggulah aku bersama ayahku dan empat jemaah lain yang agak berusia menantikan siri panahan kilat dan petir yang belum lagi reda di bangunan hijau cair itu. Ya hujan sudah renyai tetapi kilat dan petir menghalang kami pulang ke rumah. Tiba tiba, satu dentuman yang amat dahsyat kedengaran di sebelah surau. Jelas. Betul betul terjadi di depanku. Silaunya mencucuk bebola mataku. Bau hangit menusuk hidung kami. Aku berteka teki. Petir itu mungkin memanah warung kecil yang terletak di sebelah surau ini. Fuhh, pertama kali aku menyaksikan kejadian sebegini. Live woo!

Kami masih berteduh di surau itu. Bersembang sembang dengan mereka tentang petir. (Tukar mood citer jap). Hahaha. Yang ni klaka. Ni antara fakta fakta yang aku sempat kutip dari diorang dengan sedikit pengubahsuaian untuk pemahaman ramai. Kang aku letak bahasa ganu, korang tak paham pulak. Haa. Ni ada yang betul dan ade yang pelik or memang tak betul pun. Hahaha.

1. Kalau tengah ade kilat atau petir, jangan berlari atas padang. (Part ni rase2 da betul dah). Sebab orang orang tua kata kilat tu nak panah iblis, takut terkena kita (**cam pelik je)
**pembetulan...fakta ini benar berdasarkan Al Quran dan Hadis...Terima kasih kepada seorang mujahidah yang sudi menegur...Jazakallahu khairan kasiira fiddunya wal akhirah..


2. Jangan duduk bawah wakaf (ish, anda tau kan ape itu wakaf?) Sebab tempat paling feveret petir nak sambar ialah wakaf (Ek??)

3. Jangan duduk bawah pokok, tempat lapang. Bahaya sebab petir senang nak sambar. (Yg ni betul la kot)

4. Petir ni macam bebola api. Dia sambar atas tanah, pastu bergolek golek ke suatu arah menghentam siapa saja di depannya (Yang ni aku xpasti betul ke tak)

5. Kilat yang cerah kelip kelip tu, orang dulu kata nak suluh kita malam malam. (Haish, mane ada!!)

6. Oooh..Tengok tu kilat kat langit, dia bersambung sambung.. Sebab tu orang kate kilat sambung menyambung (Hmm, jap2..Saya check kamus Dewan cakap sabung menyabung, pakcik…)

Haha..tu jela..macam macam..sembang orang tua tua. Biasa la tu..heh.. Malam tu, aku ngan ayah aku decide berlari lari anak ke rumah.. Kilat memanah di kiri dan kanan kami. Cuak weyh..Sampai di rumah, tengah black out. Handphone aku tercatat satu mesej baru.

”tengok TV2 skang, Nasi Kerabu Mek Bungo. Main kat kg aku. Ehe..”

Sori la sahabat, umah blackout. Tak bole tengok TV. Haha..Ok, see u again. Cau cin cau.
**
Firman Allah :

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra'ad :12-13)

Daripada ayat Al Quran ini (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu' 13), kita mendapati sikap Petir (guruh) dan Halilintar (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama. Prof. Hamka menyatakan walaupun kilat terhasil akibat persentuhan cas-cas elektrik di dalam awan serta pertembungan dengan ion-ion atmosfera dan bersifat tidak kekal, kilat ini masih ada keinginan untuk bertasbih. Sikap memuji ini ditetapkan sebagai sikap ubudiyyah (kehambaan) petir dan kilat kepada pencipta-Nya.

Said Nursi Badiuzzaman telah menyatakan dalam beberapa Risalah An-Nurnya, bahawa setiap atom dan zarah halus, bukannya bersifat gerakan rawak tak menentu. Sebaliknya setiap atom dan zarah yang tak terhitung banyaknya ini juga dibawa dan digerakkan oleh Malaikat atas perintah Allah SWT. Malaikat yang banyak ini dicipta untuk memandu serta menembungkan cas-cas udara sehingga terhasilnya petir yang dahsyat. Tetapi lebih menghairankan, para Malaikat sendiri bertindak memuji Allah atas kejadian petir hasilan Malaikat itu. Ini menerangkan kepada kita bahawa petir bukan suatu fenomena yang tiada keterikatan dengan Aqidah dan ketuhanan, sebaliknya penjelasan terperinci ini memandu kita dalam membuat perbahasan cuaca dan fenomena alam. Alangkah sedihnya terdapat beberapa pengarang tanahair pernah menyatakan bahawa fenomena alam ini tidak ada kaitannya dengan kemurkaan Allah.

Daripada ayat ini juga kita melihat bahawa memang tujuan petir dan kilat diciptakan untuk menakutkan manusia, walaupun fokus ayat adalah kepada golongan yang meingkari perintahNya. Jadi adalah wajar untuk kita takut kerana itu sifat seorang hamba yang hina. Tidaklah tujuan saya menulis artikel ini untuk menyatakan korban petir di Negara ini adalah akibat mereka menderhakaiNya. Sebaliknya kita bersedih kerana natijah bala ini dikenakan kepada individu yang baik sifatnya.

Kita memahami sifat manusia sememangnya merasakan gembira apabila munculnya petir beserta awan yang hitam, terutama bagi golongan yang berada di tempat yang kurang hujan. Sifat ini adalah normal. Sifat ini seiring dengan rasa takut kita kepada kilat yang mungkin menyambar kita. Perhatikan penegasan saya tadi…..kita mendapati petir dan kilat bertasbih walaupun sifatnya tidak kekal dan hanya sementara (mungkin sekelip mata). Tetapi apakah sikapnya? Sikapnya adalah bersyukur dan mengiyakan keesaan Allah. Bukankah kilat itu hebat dan menggemparkan? Apa bandingannya dengan kita yang kerdil ini? Kilat ini adalah benda yang kelihatannya tiada asal usulnya tetapi dijadikan oleh Allah sekelip mata. Berbanding dengan kita yang berasal usul daripada ibu bapa yang nyata di depan mata. Melihat petir yang hebat, sekejap, tidak kekal tetapi memuji Allah, menginsafkan kita yang hidup lama, lemah tetapi mungkin kurang bersyukur. Hal ini mengingatkan saya kepada falsafah Pluto. Pluto berpendapat bahawa alam ini tidak kekal dan tidak bersifat azali asalnya. Pendapatnya itu adalah seiring dengan pendapat Imam Al A'syari dan Imam Al Ghazali. Tetapi saya berasa sedih apabila Ibnu Rushd seorang ulama' Fiqh di Cordova yang berpendapat bahawa alam ini tidak bersifat Hadis (baru dicipta) sebaliknya Qadim dan Azali seperti Allah SWT. Kenyataan beliau adalah

"Seandainya alam ini tidak azali ada permulaannya, maka ia bererti baru. Kalu ianya baru, maka ada yang menjadikannya dan si pencipta alam baru tadi mestilah baru. Si pencipta tadi juga ada yang menciptanya kerana juga baru. Demikianlah hal ini bertalian (bersambung-sambungan). Sesuatu yang tiada keputusan adalah tidak masuk akal. Jadi, kesimpulannya alam ini mesti azali (Qadim atau sediakala) bukannya Hadis (baru tercipta)". (sila rujuk Alam Semesta Dan Kehancurannya Menurut Al Quran Dan Ilmu Pengetahuan, 1979, Mustapha KS)

Beliau menyatakan jika Allah Qadim, alam penciptaannya juga mesti Qadim kerana nyata Dia berhubungan dengan alam ini. Beliau berhujah dengan ayat 7 Surah Hud.

"Allah itulah yang menciptakan beberapa langit dan bumi dalam enam masa dan A'rasy-Nya di atas air".

Beliau berpendapat bahawa, alam ini termasuk air dan gas adalah sediakala seiring dengan Allah yang Maha Esa. Pendapat ini bercanggah dengan Imam Al Ghazali, Ulama' Kalam yang lain, Al Kindi, Pluto (tokoh pemikir falsafah Yunani). Kemungkinan Ibnu Rushd terpengaruh dengan kenyataan Aristotle (murid Pluto) iaitu alam ini adalah sediakala dan kekal selama-lamanya.

Dari perbahasan ini perlulah kita menginsafi alam termasuk petir dan kilat adalah suatu makhluk yang bertasbih, berzikir serta mengingatinya selalu. Bukanlah sifat kilat untuk bertasbih sekiranya ianya adalah Qadim dan azali seperti Tuhan yang dipujinya itu.
Sumber: Laman Munawwarah
Wallahu 'alam..

Rome..Here we come


Assalamualaikum...aku baru saja menyaksikan perlawanan hebat 2nd leg Semi Final UEFA Champions League menemukan Arsenal menentang Manchester United. Hehe. Sementara menantikan azan subuh berkumandang, biarlah aku berkongsi sedikit sebanyak pasal match tadi di ruangan ni. Lenguh sepanjang pagi bersengkang mata tampak berbaloi dengan persembahan penuh karisma daripada Manchester United menenggelamkan sorak gempita Emirates dengan 3 gol berbalas 1, hasil jaringan Park ji Sung dan dua gol Cristiano Ronaldo. Arsenal mendapat gol saguhati menerusi penalti kontroversi Van Persie, selepas Roberto Rossetti melayangkan kad merah kepada Darren Fletcher kerana kononnya beliau mengasari Febregas di dalam kotak penalti walaupun ulang tayang menafikan keputusannya itu. Jom kita tengok player ratings, dipetik dari http://www.goal.com/




ARSENAL





Almunia - 4.0: Was brilliant in the first leg, and kept Arsenal in the tie. Tonight, he ended any chance they had of making the final with a terrible error on Ronaldo's free kick. Later saved well from Rooney and Ronaldo, but the damage was already done.

Sagna - 6.0: Arsenal's backline was shaky once again, but Sagna did not do anything terribly wrong. Committed as usual.

Toure - 5.0: Solid for spells of the game, but was found wanting at key moments. Needed to be Arsenal's defensive leader, but was not.

Djourou - 5.0: When the much-maligned Mikael Silvestre is missed, then you know it has not been one of your better nights. No understanding whatsoever with Toure.

Gibbs -4.5 : "He was magnificent in the first leg." Almost everyone bizarrely said that after the first leg, apart from Goal.com colleague Sulmaan Ahmad and myself. Hate to be a told-you-so, but Gibbs cost Arsenal the tie tonight with a monumental slip for Park's opener.

Walcott - 4.5: A big disappointment in both legs. Made no impact whatsoever against Evra, and was far too one-dimensional. No space, no Walcott.

Song - 5.0: Song is supposed to be a holding midfielder, but again he didn't protect his defence. How Wenger could ever consider him a worthy replacement for Mathieu Flamini is a mystery.

Fabregas - 6.0: Tried to put his foot on the ball and play, but it is quite clear that it is not the same Fabregas this season as the one of years gone by. Won the penalty.

Nasri - 7.0: Easily Arsenal's best player tonight. Was lively throughout, and looked capable of making things happening. Unfortunately did not have the support of his team-mates.

Van Persie - 6.5: Along with Nasri, the only Arsenal player who showed any kind of spark. Unleashed a few shots, and scored his side's consolation from the penalty spot.

Adebayor - 4.0: Adebay-who? The most embarrassing 180 minutes of football you will ever see from a supposed centre forward. Beyonce won't be impressed.

Subs

Eboue - 6.5: Judging on Eboue's penetrating second half showing, he should have started the game.

Bendtner - 6.0: A few lively moments, but nothing to get excited about.

Vela -N/V: Did not have a chance to get into the game.





MANCHESTER UNITED




Van der Sar - 6.5: Another very easy evening for the veteran Dutchman. Aside from the penalty, the only save of note Van der Sar had to make was a 20-yard shot from Van Persie at 3-0.

O'Shea - 6.5: The hero at Old Trafford, O'Shea was steady if not spectacular at the Emirates. Occasionally troubled by Nasri, the Irishman did almost all that was asked of him.

Vidic - 7.5: Won everything in the air, and breezed through the evening without even having to get out of second gear.

Ferdinand - 8.0: Once again marked Adebayor out of the game. Ferdinand and Vidic, if it was not already obvious, are the best centre back duo in the world.

Evra - 8.0: Won every single duel against Walcott, and did not give the Englishman a kick. Back to his best after a shaky spell around a month ago.

Fletcher -7.5: Plenty of bite in the midfield, which helped Man Utd. overpower Arsenal in the middle-of-the-park. Harshly sent off when he clearly won the ball, and will now miss the final.

Carrick - 7.5: Again showed his opposite number Song how you should play the midfield holding role. Did not waste a pass.

Anderson - 8.0: One of the most under-rated players in the Premier League. He is world class, and the most important player in the centre of United's midfield.

Ronaldo - 9.0: If he has underperformed in big games the last few seasons, the same cannot be said this campaign. Ronaldo has scored in every knockout round, and tonight blasted home two goals, as well as making Park's first. Man-of-the-match.

Park Ji Sung -8.5: Lots of energy, Park never stopped running for his team. A superb finish after just eight minutes that all but ended the tie. Involved in the third goal too, making the pass to Rooney.

Rooney - 8.0: Linked up intelligently in attack, and provided the assist for Ronaldo's second goal. Almost scored himself with a beautiful curling shot. The best player in the Premier League this season.

Subs

Giggs - 6.5: A few tricks and flicks, but nothing to get too excited about.

Rafael - 6.0: Held his position.

Berbatov - 5.5: Made little impact.


OK..Esok pagi sekali lagi stay up. Barcelona or Chelsea. Siapa yang bakal ditumbangkan The Red Devils di Rome nanti..Sama sama kita nantikan..hehe..majulah sukan untuk negara.

Celoteh Pak Mili


Pagi itu seperti pagi pagi sebelumnya. Kami memasuki hari ketiga menikmati kedamaian Pos Pantos ciptaanNya. Anak anak kecil masih lagi berlari keriangan menyelinap segenap penjuru bangunan jingga itu, mengundang lirik mata barisan catering yang tidak mengenal erti penat lelah menyediakan santapan tengahari buat kami sekampung. Aku dan Shahmin diletakkan di barisan ketiga dalam skuad catering. Memasuki hari ketiga, baton ketua chef Pantos berpindah ke tangan Cik Secretary. Bermakna giliran memasak tergalas di bahu kami sebagai anak buah barisan ketiga. Namun, sedari awal pagi lagi, kami membantu menyediakan double menu, Nasi Goreng dan Bihun Goreng. Beralasankan tugasan yang sudah disiapkan, aku dan Shahmin mengatur gerak ke rumah keluarga angkat kami.

Setelah melangkah masuk ke rumah Pak Abas, selaku keluarga angkat aku, bicara dimulakan dengan taaruf ringkas antara kami. Di sudut rumah kecil itu, Pak Mili tersenyum simpul. Dari riak wajahnya dan susuk tubuhnya yang tidak berbaju, aku menjangkakan umur beliau mungkin menjangkau 70an. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Pak Mili, abang kepada tuan rumah. Beliau tinggal di Pos Lanai, namun sentiasa menumpang teduh di rumah adiknya setelah kematian isterinya.

Dengan bantuan selingan dari Shahmin, aku mengubah nada sembang kosong menjadi lebih berisi. Berpandukan sehelai modul yang diberi, satu persatu soalan diajukan kepada mereka. Namun, percubaan kami tampak rumit dek masalah pendengaran mereka. Haru birulah jawabnya. Lain yang ditanya, lain pula dijawabnya. Aku bersama Shahmin tidak henti henti menahan gelak. Setiap gelak tawa cuba dipersembah dalam tempo yang sesopan mungkin. Kalau diikutkan hati, sepanjang perbualan pagi itu bisa memecahkan perut kami. Lawak gile beb. Hahahahaha.

“Pakcik, pakcik reti baca Al Fatihah tak..yang biasa kita baca dalam semayang tu..” Tanya aku setelah bergelak ketawa mendengar celoteh Pak Mili. Aku menanti jawapan dengan penuh harap.

“ Haa..pakcik da tak makan sherai dah. Perut ni da tua dah. Da tak bole dah mashuk sherai, lada, pedash pedash. Shakit perut ni nanti.” Jawabnya penuh bersemangat dengan pelat ‘S’nya yang bertukar menjadi ‘Sh’. Jawapan itu sekali lagi mengundang hilai tawa kami semua. Setiap ayat yang keluar dari mulutnya pasti diiringi gelak tawanya, apatah lagi kami yang sedari tadi menahan gelak dengan penuh seksa.

Setelah penat bergurau ketawa, Pak Mili meminta Pak Abas (dipanggil Abash oleh Pak Mili) menyediakan minuman. Aku melirik mata ke arah Shahmin. Tahap kebersihan air minuman di kalangan penduduk orang asli masih di tahap meragukan. Otak kami ligat memikirkan alasan sesuai untuk menolak hidangan mereka. Selang beberapa minit, Pak Abas menghulurkan satu jag air ke tangan Pak Mili.

“Err..Pak Mili…Kami da minum tadi sebelum datang sini..Da banyak dah minum,” Spontan ayat ini keluar dari mulutku, volume yang sedikit tinggi, dengan harapan alasan itu didengari jelas oleh Pak Mili.

“ Haish..Ini bukan untuk kamu…Ini untuk shaye..hahahaha” Sambutnya dengan tawa berdekah dekah menampakkan giginya yang dimakan usia. Kami terkena lagi..hahaha. Kemudian, kami menyambung perbualan, dengan harapan objektif modul yang disediakan tercapai.

“ Anak Pak Abas berapa ramai?” Soalan itu kami utarakan buat Pak Abas sebagai tuan rumah. Namun, dek kerana masalah pendengarannya lebih teruk berbanding Pak Mili, kebanyakan soalan yang ditanya pada Pak Abas disampuk oleh abangnya itu.

“Anak Pak Abash ada 6 ekor,” Sampuk Pak Mili, kembali dengan celotehnya, masih dengan nada yang bersemangat. Kami tercengang dengan jawapan yang diberikan. “Enam orang, enam orang. Empat laki dua perempuan” jelas Pak Mili membetulkan jawapan lalu disusuli dengan gegak gempita yang tidak berpenghujung di dalam segenap rumah usang itu.”Kashor Pak Mili, kashoor” bisikku dalam hati. Hahahaha.

Begitulah sedikit sebanyak celoteh Pak Mili yang tidak mungkin aku lupakan. Banyak cerita yang disajikan. Dari kisah kapal terbang Jepun sehinggalah kisah beliau terpijak kasut Sultan ketika masih muda. Aku dan Shahmin terus terseksa menahan gelak. Kami juga kagum dengan Pak Abas yang menulis satu persatu jenis tanamannya di kebun untuk rujukan kami. Ternyata umurnya yang menjangkau 50 tahun di perkampungan asli tidak menghalangnya daripada belajar menulis dan membaca.
Berbalik kepada kisah Pak Mili. Ingin tau berapa umurnya yang sebenar. Beliau menegaskan bahawa umurnya sudah menjangkau 100 tahun. Pada mulanya, aku sedikit ragu ragu dengan jawapan tersebut. Namun, keraguan itu lenyap setelah aku membuat kepastian dengan Pegawai JHEOA. Berusia 100 tahun, beliau tampak masih gagah bertongkat, dengan mulut yang masih petah berbicara.

Kepada Pak Mili, gua cayalah sama lu..Semoga berjumpa lagi di lain masa. Pak Mili memang best!!!

Lambaian Pantos




Alhamdulillah…Segala Puji bagiNya kerana dengan limpah kurniaNya, program Khidmat Komuniti dan Kesihatan untuk Orang Asli (COHSAS) menutup tirai dengan penuh nada kegembiraan, baik daripada peserta, mahupun penduduk orang asli terbabit. Setelah berkampung 4 hari 3 malam, program yang memakan keringat selama lebih 2 bulan ini ditutup secara rasminya oleh Tuan Shamsuri bin Dolah, Penolong Pegawai, Unit Pembangunan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang pada 24 April lalu.

Sebaik langkah diorak melepasi jambatan gantung usang itu, seribu ceritera ditinggalkan bersama-sama penduduk berbangsa semai tersebut. Tiada yang berlagu pilu, semuanya berbingkaikan kegirangan yang bisa mengundang hilai tawa kami, yang bagaikan hidup sekeluarga melalui hari-hari yang penuh indah di perkampungan Pantos itu. Suasana yang sebelum ini hanya dilihat di kaca televisyen (Pendekar Kundur, Keris Hitam Bersepuh Emas etc), kini kami alami sendiri di perkampungan permai ala-ala macam dalam cite pendekar gitu..haha, tetiba tukar mood cerita..

“Okeh, kami dah bahagikan semua komiti kepada setiap keluarga angkat…Sorang dapat satu keluarga angkat….” Terang encik PC memulakan bicara di dewan tadika yang diubahsuai menjadi dapur itu. Pagi itu, aku bersama Shahmin membatalkan hasrat untuk berkenalan dengan keluarga angkat kami. Ada urusan lain yang sudah diatur. Temujanji bersama kedinginan air Sungai Koyan tu harus dipenuhi. Namun keesokan paginya, kami terus menziarahi keluarga angkat kami berbekalkan bungkusan baju sumbangan ikhlas pelajar UIA.

“Assalamualaikum…Assalamualaikum”..Salam diberi bertalu talu, namun tiada satu pun yang bersambut. Kelibat seorang wanita datang menjengah kami. Selepas diusul hajat di hati, beliau pun dengan selamba menguak pintu kayu itu lalu memanggil seisi rumah. Rumah itu didiami oleh 2 warga tua bersama sama 6 anaknya yang masih kecil (Kupikirkan cucu, rupanya anak..haha). Kami melangkah masuk ke pondok buluh itu dan disambut dengan senyuman oleh Pak Abas (pemilik rumah) bersama abangnya Pak Mili. Kedua duanya mengalami masalah pendengaran..Tak hairanlah salamku tidak bersambut tadi. .huh..


Ok. Setakat ni dulu untuk kali ni. Malas nak tulis panjang panjang. Selepas ni akan bersambung dengan kisah “Celoteh Pak Mili”. Terima kasih atas kesudian membaca. Wassalam~