Kisah suatu malam...


Melodi itu berlagu kembali. Garang. Tidak kurang seperti hari sebelumnya. Rentak deruman guruh dan dentuman petir silih berganti, melagukan irama yang menguji ketahanan gegendang telingaku. Sekuat mana ombak china selatan menghentam pesisir bumi Darul Iman ini, aku menjangkakan ombak kecil cecair endolymph (betul ke??) tidak kurang hebatnya beraksi di dalam koklea telingaku ini. Peristiwa di luar sana masih rancak. Cahaya biru berkilau-kilauan mengiringi muzik yang garang itu, hanya satu warna. Tidak seperti kilau pancawarna di kebanyakkan persembahan konsert. Keadaan seperti ini lazimnya berasak di musim tengkujuh. Imej penyimpan skrin (screen saver) di N-Gageku tertulis '08/05/2009 9.47 PM'. Hmm. Lambat lagi janji temu rombongan monsun dari timur laut singgah beraksi di sini.

(Maaf untuk intro yang meloyakan…hahahaha)

Ni aku nak cite skit. Cuaca di Kuala Terengganu sekarang sedikit lain daripada kebiasaannya. Pagi dan petang, panasnya mencucuk epithelial setiap manusia, memaksa si otot lembut (smooth muscle) di dinding arteriole menjadi relax, lantas meningkatkan halaju darah melalui arteri ke kapilari kulit, membenarkan si haba terbebas ke udara. Sistem yang cukup unik ciptaan Yang Maha Bijaksana, sememangnya memberikan perlindungan kepada umatnya daripada hangat sang mentari. Namun, ade lagi yang mengeluh panjang, jauh lagi mensyukuri nikmat pemberianNya ini. “owwoh, panah sooh weyh.. perit rase..nok wak keje payoh..sakit taya”. Hmm, itulah lumrah seorang bernama manusia.

Malamnya pula, hujan renyai renyai. Namun, dentuman petirnya sungguh dahsyat. Kilatnya sabung menyabung, tidak seperti sebelum ini. Cuba anda bayangkan, lampu bilik anda rosak, berkelip kelip akibat mentol terbakar. Begitulah keaadaan malam di Kuala Terengganu belakangan ini. Setiap saat, kilat menyambar menggerunkan sesiapa saja di luar sana.

Baru sebentar tadi, kami berenam terperangkap di surau kecil itu setelah isya'. Sediakan payung sebelum hujan. Ya, memang betul. Namun, payung tidak dibawa bersama lantaran menyangkakan cuaca yang baik pada malam itu. Termanggulah aku bersama ayahku dan empat jemaah lain yang agak berusia menantikan siri panahan kilat dan petir yang belum lagi reda di bangunan hijau cair itu. Ya hujan sudah renyai tetapi kilat dan petir menghalang kami pulang ke rumah. Tiba tiba, satu dentuman yang amat dahsyat kedengaran di sebelah surau. Jelas. Betul betul terjadi di depanku. Silaunya mencucuk bebola mataku. Bau hangit menusuk hidung kami. Aku berteka teki. Petir itu mungkin memanah warung kecil yang terletak di sebelah surau ini. Fuhh, pertama kali aku menyaksikan kejadian sebegini. Live woo!

Kami masih berteduh di surau itu. Bersembang sembang dengan mereka tentang petir. (Tukar mood citer jap). Hahaha. Yang ni klaka. Ni antara fakta fakta yang aku sempat kutip dari diorang dengan sedikit pengubahsuaian untuk pemahaman ramai. Kang aku letak bahasa ganu, korang tak paham pulak. Haa. Ni ada yang betul dan ade yang pelik or memang tak betul pun. Hahaha.

1. Kalau tengah ade kilat atau petir, jangan berlari atas padang. (Part ni rase2 da betul dah). Sebab orang orang tua kata kilat tu nak panah iblis, takut terkena kita (**cam pelik je)
**pembetulan...fakta ini benar berdasarkan Al Quran dan Hadis...Terima kasih kepada seorang mujahidah yang sudi menegur...Jazakallahu khairan kasiira fiddunya wal akhirah..


2. Jangan duduk bawah wakaf (ish, anda tau kan ape itu wakaf?) Sebab tempat paling feveret petir nak sambar ialah wakaf (Ek??)

3. Jangan duduk bawah pokok, tempat lapang. Bahaya sebab petir senang nak sambar. (Yg ni betul la kot)

4. Petir ni macam bebola api. Dia sambar atas tanah, pastu bergolek golek ke suatu arah menghentam siapa saja di depannya (Yang ni aku xpasti betul ke tak)

5. Kilat yang cerah kelip kelip tu, orang dulu kata nak suluh kita malam malam. (Haish, mane ada!!)

6. Oooh..Tengok tu kilat kat langit, dia bersambung sambung.. Sebab tu orang kate kilat sambung menyambung (Hmm, jap2..Saya check kamus Dewan cakap sabung menyabung, pakcik…)

Haha..tu jela..macam macam..sembang orang tua tua. Biasa la tu..heh.. Malam tu, aku ngan ayah aku decide berlari lari anak ke rumah.. Kilat memanah di kiri dan kanan kami. Cuak weyh..Sampai di rumah, tengah black out. Handphone aku tercatat satu mesej baru.

”tengok TV2 skang, Nasi Kerabu Mek Bungo. Main kat kg aku. Ehe..”

Sori la sahabat, umah blackout. Tak bole tengok TV. Haha..Ok, see u again. Cau cin cau.
**
Firman Allah :

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra'ad :12-13)

Daripada ayat Al Quran ini (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu' 13), kita mendapati sikap Petir (guruh) dan Halilintar (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama. Prof. Hamka menyatakan walaupun kilat terhasil akibat persentuhan cas-cas elektrik di dalam awan serta pertembungan dengan ion-ion atmosfera dan bersifat tidak kekal, kilat ini masih ada keinginan untuk bertasbih. Sikap memuji ini ditetapkan sebagai sikap ubudiyyah (kehambaan) petir dan kilat kepada pencipta-Nya.

Said Nursi Badiuzzaman telah menyatakan dalam beberapa Risalah An-Nurnya, bahawa setiap atom dan zarah halus, bukannya bersifat gerakan rawak tak menentu. Sebaliknya setiap atom dan zarah yang tak terhitung banyaknya ini juga dibawa dan digerakkan oleh Malaikat atas perintah Allah SWT. Malaikat yang banyak ini dicipta untuk memandu serta menembungkan cas-cas udara sehingga terhasilnya petir yang dahsyat. Tetapi lebih menghairankan, para Malaikat sendiri bertindak memuji Allah atas kejadian petir hasilan Malaikat itu. Ini menerangkan kepada kita bahawa petir bukan suatu fenomena yang tiada keterikatan dengan Aqidah dan ketuhanan, sebaliknya penjelasan terperinci ini memandu kita dalam membuat perbahasan cuaca dan fenomena alam. Alangkah sedihnya terdapat beberapa pengarang tanahair pernah menyatakan bahawa fenomena alam ini tidak ada kaitannya dengan kemurkaan Allah.

Daripada ayat ini juga kita melihat bahawa memang tujuan petir dan kilat diciptakan untuk menakutkan manusia, walaupun fokus ayat adalah kepada golongan yang meingkari perintahNya. Jadi adalah wajar untuk kita takut kerana itu sifat seorang hamba yang hina. Tidaklah tujuan saya menulis artikel ini untuk menyatakan korban petir di Negara ini adalah akibat mereka menderhakaiNya. Sebaliknya kita bersedih kerana natijah bala ini dikenakan kepada individu yang baik sifatnya.

Kita memahami sifat manusia sememangnya merasakan gembira apabila munculnya petir beserta awan yang hitam, terutama bagi golongan yang berada di tempat yang kurang hujan. Sifat ini adalah normal. Sifat ini seiring dengan rasa takut kita kepada kilat yang mungkin menyambar kita. Perhatikan penegasan saya tadi…..kita mendapati petir dan kilat bertasbih walaupun sifatnya tidak kekal dan hanya sementara (mungkin sekelip mata). Tetapi apakah sikapnya? Sikapnya adalah bersyukur dan mengiyakan keesaan Allah. Bukankah kilat itu hebat dan menggemparkan? Apa bandingannya dengan kita yang kerdil ini? Kilat ini adalah benda yang kelihatannya tiada asal usulnya tetapi dijadikan oleh Allah sekelip mata. Berbanding dengan kita yang berasal usul daripada ibu bapa yang nyata di depan mata. Melihat petir yang hebat, sekejap, tidak kekal tetapi memuji Allah, menginsafkan kita yang hidup lama, lemah tetapi mungkin kurang bersyukur. Hal ini mengingatkan saya kepada falsafah Pluto. Pluto berpendapat bahawa alam ini tidak kekal dan tidak bersifat azali asalnya. Pendapatnya itu adalah seiring dengan pendapat Imam Al A'syari dan Imam Al Ghazali. Tetapi saya berasa sedih apabila Ibnu Rushd seorang ulama' Fiqh di Cordova yang berpendapat bahawa alam ini tidak bersifat Hadis (baru dicipta) sebaliknya Qadim dan Azali seperti Allah SWT. Kenyataan beliau adalah

"Seandainya alam ini tidak azali ada permulaannya, maka ia bererti baru. Kalu ianya baru, maka ada yang menjadikannya dan si pencipta alam baru tadi mestilah baru. Si pencipta tadi juga ada yang menciptanya kerana juga baru. Demikianlah hal ini bertalian (bersambung-sambungan). Sesuatu yang tiada keputusan adalah tidak masuk akal. Jadi, kesimpulannya alam ini mesti azali (Qadim atau sediakala) bukannya Hadis (baru tercipta)". (sila rujuk Alam Semesta Dan Kehancurannya Menurut Al Quran Dan Ilmu Pengetahuan, 1979, Mustapha KS)

Beliau menyatakan jika Allah Qadim, alam penciptaannya juga mesti Qadim kerana nyata Dia berhubungan dengan alam ini. Beliau berhujah dengan ayat 7 Surah Hud.

"Allah itulah yang menciptakan beberapa langit dan bumi dalam enam masa dan A'rasy-Nya di atas air".

Beliau berpendapat bahawa, alam ini termasuk air dan gas adalah sediakala seiring dengan Allah yang Maha Esa. Pendapat ini bercanggah dengan Imam Al Ghazali, Ulama' Kalam yang lain, Al Kindi, Pluto (tokoh pemikir falsafah Yunani). Kemungkinan Ibnu Rushd terpengaruh dengan kenyataan Aristotle (murid Pluto) iaitu alam ini adalah sediakala dan kekal selama-lamanya.

Dari perbahasan ini perlulah kita menginsafi alam termasuk petir dan kilat adalah suatu makhluk yang bertasbih, berzikir serta mengingatinya selalu. Bukanlah sifat kilat untuk bertasbih sekiranya ianya adalah Qadim dan azali seperti Tuhan yang dipujinya itu.
Sumber: Laman Munawwarah
Wallahu 'alam..
6 Responses
  1. hananhm Says:

    syafiQ..ape jadi kt wakaf yg kne panah tu??


  2. Kunangsepi Says:

    takutnya..
    kat amerika lagi terok kilat dia kan..

    lagi satu ada tempat kat Afrika nama Kifuka pon terima panahan kilat paling banyak..

    betol ke kalao kilat kita yg kat tempat yg luas terbentang mcm padang kena meniarap sbb kilat sambar benda paling tinggi mcm pokok, bumbung wakaf..


  3. rijalnaif Says:

    haha....nasi kerabu mek bunga kat mana ya??...huhuh


  4. Mohd Syafiq Says:

    Kepada cik nea~

    Ntah le..xtao prasan plak ape jadi..mase kene tu mmg kuat, kaler biru kemerah2an..fuh..mmg cuak..

    Kepada si kunangsepi..

    Cikgu fizik aku pnah bgtau, tym kilat jgn duk bwh pokok n tmpat lapang..teorinya sbb ape, aku da lupe..die ckp lg better duk bwh tiang letrik sbb tiang tu absorb cas2 tu (yeke?)..

    Kepada Encik Azwadi..

    Badai tengkujuh sampannya diuji,
    Sempat bersauh di tepian jeti
    Pantai Sri Tujuh namanya diberi,
    Tempat berteduh si mantan SRC.

    (cam pelik je bunyinye...haha)


  5. jazakallah bos.. hok demo tambah tu memang info yang amat berguna...

    menambah keyakinan dan gerun akan kekuasaan Nya..


  6. gorie Says:

    panjang sungguh intro. tak sampai isi lagi dah penat baca.