Lambaian Pantos




Alhamdulillah…Segala Puji bagiNya kerana dengan limpah kurniaNya, program Khidmat Komuniti dan Kesihatan untuk Orang Asli (COHSAS) menutup tirai dengan penuh nada kegembiraan, baik daripada peserta, mahupun penduduk orang asli terbabit. Setelah berkampung 4 hari 3 malam, program yang memakan keringat selama lebih 2 bulan ini ditutup secara rasminya oleh Tuan Shamsuri bin Dolah, Penolong Pegawai, Unit Pembangunan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang pada 24 April lalu.

Sebaik langkah diorak melepasi jambatan gantung usang itu, seribu ceritera ditinggalkan bersama-sama penduduk berbangsa semai tersebut. Tiada yang berlagu pilu, semuanya berbingkaikan kegirangan yang bisa mengundang hilai tawa kami, yang bagaikan hidup sekeluarga melalui hari-hari yang penuh indah di perkampungan Pantos itu. Suasana yang sebelum ini hanya dilihat di kaca televisyen (Pendekar Kundur, Keris Hitam Bersepuh Emas etc), kini kami alami sendiri di perkampungan permai ala-ala macam dalam cite pendekar gitu..haha, tetiba tukar mood cerita..

“Okeh, kami dah bahagikan semua komiti kepada setiap keluarga angkat…Sorang dapat satu keluarga angkat….” Terang encik PC memulakan bicara di dewan tadika yang diubahsuai menjadi dapur itu. Pagi itu, aku bersama Shahmin membatalkan hasrat untuk berkenalan dengan keluarga angkat kami. Ada urusan lain yang sudah diatur. Temujanji bersama kedinginan air Sungai Koyan tu harus dipenuhi. Namun keesokan paginya, kami terus menziarahi keluarga angkat kami berbekalkan bungkusan baju sumbangan ikhlas pelajar UIA.

“Assalamualaikum…Assalamualaikum”..Salam diberi bertalu talu, namun tiada satu pun yang bersambut. Kelibat seorang wanita datang menjengah kami. Selepas diusul hajat di hati, beliau pun dengan selamba menguak pintu kayu itu lalu memanggil seisi rumah. Rumah itu didiami oleh 2 warga tua bersama sama 6 anaknya yang masih kecil (Kupikirkan cucu, rupanya anak..haha). Kami melangkah masuk ke pondok buluh itu dan disambut dengan senyuman oleh Pak Abas (pemilik rumah) bersama abangnya Pak Mili. Kedua duanya mengalami masalah pendengaran..Tak hairanlah salamku tidak bersambut tadi. .huh..


Ok. Setakat ni dulu untuk kali ni. Malas nak tulis panjang panjang. Selepas ni akan bersambung dengan kisah “Celoteh Pak Mili”. Terima kasih atas kesudian membaca. Wassalam~
1 Response
  1. teringat jugok ko pok mili n pok abash.. jgn lupakan pak karim si handalan itu (bersama ... ke tempat sukan, haha)

    em sapo la budak nakal sepanjang program. orang suruh bagi tazkirah, tok mboh.. pahtu jadi kepala pengat gi mandi sungai.. haha. yang penting, oghe tu bukan presiden.