Masam-masam manis II

15 May 2009
Pagi itu, sejak awal pagi lagi kami ke IIUM Kuantan. Namun, kelibat wakil wakil JPN tidak kelihatan. Lebatnya hujah mereka di dewan mesyuarat 3 hari lalu nampaknya retorik semata. Kata mereka, hari ini pelbagai persiapan akan dilakukan, pelajar sekolah dari Kuantan mohon untuk berlatih, dan aneka agenda yang disusun atur untuk persiapan hari esok. Tetapi, bayang mereka masih tidak kelihatan sehinggalah petangnya.

Malam menjelma, kami ke Eng Hong, sebagai persiapan untuk berniaga pada keesokan harinya (IPhA FRU- Fund Raising Unit) yang dijayakan oleh wakil wakil 1st year. Masih dengan sang wira biru, kami bertolak selepas maghrib. Ujian pertama menimpa kami di hadapan Eng Hong. Peristiwa itu sememangnya merugikan. Berlaku dalam sekelip mata, kami tidak mampu berbuat apa apa. Syamil hanya mampu bersabar. Hmm. Betapa mahalnya beg plastic yang dibeli pada malam itu (tak paham kan..takyah paham la...lu pikir la sendiri..haha).

16 May 2009
Sedari awal pagi lagi, kami berdua bertolak ke IIUM. Meriahnya IIUM Kuantan pada hari ini dengan warna warni kontijen dari semua daerah di Pahang. Untuk makluman, antara program yang berlangsung adalah pertandingan nasyid, boria, dikir barat, poster, dan macam macam lagi. Perlu diingat, ini adalah pertandingan peringkat negeri dan semua peserta yang bertanding mewakili daerah masing masing. Kehebatan mereka tidak dinafikan. Pagi itu, hanya aku dan Syamil di samping beberapa komiti lain yang datang awal sedangkan pertandingan bermula pada pukul 9 pagi. Gelabah juga dibuatnya memikirkan penyusunan komiti untuk setiap tempat bertanding di kala masih ramai komiti yang masih diulit mimpi.

Aku diminta untuk menjadi juri penjaga masa untuk pertandingan boria kanak kanak. Kelibat beberapa kumpulan kanak dengan kostum mereka sangat mencuit hati. Comelnya mereka dihias dengan baju pelik pelik oleh guru-guru mereka, disertai dengan prop prop lain seperti payung warna warni dan sebagainya. Aku begitu tertarik dengan lakonan serta tarian mereka yang beraneka ragam. Seakan akan tarian dalam filem hindustan, tarian mereka sangat kemas dan menghiburkan (ade satu group tu menari ala robot, lawak gile…hahaha..) Petang itu, kami menonton acara acara lain seperti dikir barat.

Malamnya, seusai menonton perlawanan Manchester United vs Arsenal di rumah (Man Utd Champion lagi), satu lagi dugaan menimpa. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam dan kami harus berada di KOM untuk upacara penutup. Tapi, sang wira biru itu tampak degil untuk dihidupkan enjinnya. Syamil menelefon rakannya dan selang setengah jam kemudian, kelibat kereta vios muncul memberikan sinar untuk sang wira. Setelah berusaha hampir sejam,sang wira akhirnya pulih (gune jumper je). Enjin mula dihidupkan. Ironinya, setelah dihidupkan enjinnya, pintu kereta pula terkunci dari dalam. Ayyo, macam mana mau masuk. Tiada pilihan lain melainkan enjin kereta mesti dimatikan dari luar supaya kunci boleh dibuka melalui enjin hadapan. Beranikah anda mematikan enjin kereta yang sedang dihidupkan? Haha.. silap main bateri, meletop woo. Huh, tadi nak hidupkan enjin bukan main payah, ni nak fikir macam mana nak matikan enjin ni pulak. Hoho. Akhirnya, setelah pelbagai cubaan gagal membuahkan hasil, akhirnya enjin berjaya dimatikan dengan mencabut kotak fius (hoho,kamikaze betol).

Lantas, kami bergegas ke KOM dan sang wira dibiarkan di tempat parking tanpa dimatikan enjinnya (Nk charge bateri). Setelah mengisi perut (tak sempat datang majlis, gi makan je..hehe), kami kembali ke tempat parking dan syukur padaNya, sang wira masih hidup. Namun, itu hanya harapan palsu. Sang Wira kembali lesu setelah lampunya dinyalakan. Dan seperti dijangka, ia berdegil untuk dihidupkan kembali. Setelah menelefon kembali seorang rakan, Vios itu kembali sekali lagi memberikan bantuan (jumper lagi). Seusai itu, kami berdua bergerak pulang dan sang wira yang semakin lemah akhirnya terkulai di tengah jalan. Mujurlah momentum jasad sang wira itu membawanya bergolek ke tempat parking mahallah. Kami tiada pilihan lain, sang wira sudah tidak berdaya dan Vios itu sekali lagi dipanggil untuk menghantar kami pulang.

17 May 2009
580 orang pelajar. Itulah anggaran angka pelajar yang perlu diurus selia oleh kami untuk program Campus Tour. Kami yang tidak sampai 15 orang ni, menyusun startegi sehabis baik untuk memastikan program berjalan lancar. Alhamdulillah, tiada kekalutan mengganggu dan segalalanya berjalan mengikut pelan. Tengahari itu, aku dan Syamil memikirkan masalah Sang Wira yang masih tidak berkesudahan. Hari Ahad sememangnya agak sukar untuk mencari kedai yang beroperasi. Kami harus pulang ke Terengganu dan Kelantan hari ini. Sang Wira masih lesu tak bernyawa (memang xde nyawa pun). Setelah pelbagai usaha diatur, nak dipendekkan cite, sang wira kembali pulih setelah dihantar ke sebuah bengkel di bandar Kuantan (malas nak cite lebih…korang pun penat bace cite tak best yang berjela jela ni kan...hahaha…hang pi baca sape suruh...hehe)

Alhamdulillah, segala puji bagiNya kerana kami selamat bertolak pulang pada pukul 4 petang. Sememangnya aku berharap benar agar dapat sampai di KT sebelum Maghrib kerana ada hal yang harus ditepati. Haha. Kuliah ustaz kegemaran ramai, Ustaz Azhar Idrus tidak mungkin ku terlepas kali ini dan impian itu direalisasikan apabila Sang Wira sempat tiba di sini jam 7 malam. Terima kasih, tahniah dan takziah untuk Syamil selaku mainboard-in-charge atas pencapaian cemerlang karnival ini. Takziah atas segala kesulitan dan kerugian yang melanda. Sekalung penghargaan juga buat semua komiti yang terlibat.Tahniah buat barisan komited IPhA FRU yang berjaya mencatatkan jualan melebihi 4 angka. Terima kasih tak terhingga juga buat sahabat sahabat yang sudi merawat Sang Wira. Sampai ketemu lagi. Wassalam~

Sekadar renungan...

Firman Allah SWT dalam Surah Al Ankabut, ayat 2:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata, "kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Manakala firman Allah yang lain dalam Surah Al Baqarah, ayat 214:
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu. Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digongcangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehinggalah berkata rasul dan orang-orang beriman yang ada besertanya, "Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (Asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)"

Wallahu'alam bissawab~

0 Responses